CEO: Pinjaman Tekun memang hanya untuk ahli Umno

Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata ketua pengarah eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.

Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha parti tersebut bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu akan tetapi menambah Tekun tidak menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.

"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahli Umno, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.

"Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur hari ini. – 7 Oktober, 2013.

No comments

Powered by Blogger.